Reaksi sosial terhadap gegasan evolusi Evolusi

Perbahasan evolusi

Berikutan meluasnya penerimaan Darwinisme pada 1870-an, munculnya kartun Charles Darwin berbadan mawas sebagai lambang evolusi.[27]

Gagasan bahawa segala kehidupan berevolusi sudah pernah diusulkan sebelum Charles Darwin menerbitkan buku On the Origin of Species. Sehingga kini, masa ada pihak yang membahaskan konsep evolusi dan ertinya kepada diri mereka, falsafah dan juga agama yang dipegang oleh mereka, hinggakan adakalanya terungkit juga apa-apa implikasi sosial daripada gagasan evolusi.

Demi merasikan idea evolusi dengan pegangan agama, maka timbulnya bermacam-macam gagasan seperti "evolusi terbimbing" atau "evolusi teistik". Kata mereka, memanglah evolusi itu benar, tetapi cuma ada sesuatu yang membimbingnya dengan apa jua caranya.[28] Wujudnya berbagai-bagai konsep yang bergelar evolusi teistik. Ramai penyokong gagasan kreasionisme percaya bahawa mitos penciptaan yang diajar oleh agama mereka bercanggahan dengan gagasab evolusi.[29] Seperti yang disedari oleh Darwin, yang paling menimbulkan kontroversi dalam buah fikiran evolusi ini ialah ertinya kepada asal-usul manusia.

Di sesetengah negara, khususnya Amerika Syarikat, wujudnya perbalahan antara penyokong dan pembangkang teori evolusi, terutamanya mengenai wajarnya idea evolusi diajar di sekolah, dan bagaimana berbuat demikian.[30]

Hasil kajian bidang-bidang lain, seperti kosmologi[31] dan sains bumi[32] juga tidak serasi dengan kebanyakan catatan keagamaan asal. Pernah sekali gagasan-gagasan sedemikian berdepan dengan penentangan hebat, tetapi sekarang tiada lagi. Biologi evolusi pula agak baru gagasannya dan juga menerima tentangan terhebat dari golongan keagamaan.

Gereja Katolik Rom, melalui kenyataan Paus Pius XII dalam siaran Humani Generis terbitan 1950-an, menyatakan pendiriannya mengenai teori evolusi:

"Pihak Gereja tidak melarang (…) penyelidikan dan perbincangan (…) mengenai doktrin evolusi, setakat menanyakan asal-usul tubuh manusia yang berasal daripada suatu jirim hidup yang wujud terlebih dahulu." Pope Pius XII Humani Generis[33]

Paus John Paul II mengemas kini pendirian tersebut pada tahun 1996, dengan berhujah bahawa teori evolusi "bukan sekadar hipotesis":

"Dalam siaran Humani Generis, Pius XII pernah [berkata] bahawa tiadanya perselisihan antara evolusi dan doktrin agama mengenai manusia dan sifatnya. (…) Kini, lebih sentengah abad selepas (…) siaran tersebut, wujudnya penemuan baru yang menggesa kita agar menerima evolusi sebagai bukan sekadar hipotesis. Sebenarnya, adalah luar biasa bahawa teori ini semakin besar pengaruhnya terhadap semangat para pengkaji. berikutan penemuan demi penemuan dalam pelbagai bidang ilmu." Paus John Paul II berucap kepada Akademi Sains Paus[34]

Gagasan sosial yang mempergunakan evolusi

Sesetengah pihak cuba memperalatkan konsep evolusi untuk mengapi-apikan sentimen perkauman. Sesiapa yang hendak mempertahankan rasisme mendakwa bahawa golongan-golongan tertentu, seperti kaum kulit hitam adalah bertaraf bawahan belaka. Dalam alam semula jadi, ada haiwan yang lebih berdaya tahan berbanding yang lain, oleh itu lebih tersuai dengan keadaan persekitarannya. Bagi manusia pula, iaitu setiap golongan manusia dari berlainan tempat di dunia, segalanya yang boleh dikatakan oleh evolusi adalah setiap kumpulan sepatutnya lebih tersuai dengan persekitaran asalnya. Evolusi tidak menentukan siapa yang lebih baik atau buruk, oleh itu tidak pernah mengatakan bahawa ada golongan manusia yang bertaraf berbanding mana-mana golongan lain.[35]

Lain pula bagi gagasan eugenik, yang mana diperhatikannya dua perkara sejak abad ke-18, iaitu kejayaan para petani membakakan lembu dan hasil tanaman dengan memilih haiwan atau tumbuhan mana yang mampu menghasilkan generasi seterusnya melalui proses pemilihan buatan; dan kenyataan bahawa golongan berkelas bawahan lebih ramai melahirkan anak berbanding golongan atasan. Sesekalipun golongan atasan mencapai darjatnya berasaskan pencapaian, maka kekurangan anaknya itulah yang tidak sepatutnya berlaku. Pembiakan yang lebih cepat di kalangan kelas bawahan pula akan mengakibatkan kemerosotan sosial.

Eugenik ialah hendaknya meningkatkan mutu spesies manusia secara pembiakan pemilihan. Nama konsep ini diusulkan oleh Francis Galton, seorang saintis [36] yang sebenarnya berniat baik. Katanya, perkumpulan gen manusia sewajarnya dipertingkat melalui dasar-dasar pembiakan pemilihan. Ertinya, sesiapa yang dianggap sebagai "bagus" harus diberi ganjaran jika membiak. Akan tetapi, ada pihak lain yang mencadangkan agar sesiapa yang dianggap "tidak bagus" harus menjalani pemandulan wajib, ujian pranatal dan kawalan kelahiran; jika tidak pun terpaksa dibunuh.[37] Masalah ya ialah bagaimana untuk memutuskan ciri-ciri mama harus dipilih. Banyaknya kemahiran berlainan yang boleh dikuasai oleh manusia, sehingga tiadanya sebulat suara mengenai yang mana "bagus" dan yang mana "tak bagus", namun adanya persetujuan mengenai siapa yang tidak wajar membiak. Oleh itu, sesetengah negara telah meluluskan undang-undang yang mewajibkan pemandulan untuk golongan-golongan yang tidak diingini dari tahun 1900 hingga 1940. Setelah berakhirnya Perang Dunia Kedua, kemeluatan masyarakat dunia terhadap kezaliman Nazi telah membatalkan segala cubaan untuk mengamalkan eugenik.

Satu lagi contoh penggunaan gagasan evolusi untuk menyokong tindakan sosial ialah "Darwinisme Sosial", iaitu istilah yang diberi kepada teori Malthusian Whig yang dilancarkan oleh Herbert Spencer pada abad ke-19. Spencer percaya bahawa konsep survival of the fittest boleh dan seharusnya diamalkan dalam perdagangan dan seluruh masyarakat insan. Namun demikian, sesetengah pihak mendakwa bahawa gagasan ini dipergunakan untuk tujuan rasisme dan dasar ekonomi yang kejam.[38] Kini, kebanyakan ahli biologi dan falsafah menyeru agar teori evolusi tidak digunakan untuk tujuan membentuk dasar sosial.[39][40]

Kontroversi

Tidak kurangnya pihak yang tidak bersetuju dengan gagasan evolusi atas pelbagai sebab, terutamanya sekali pengaruh atau pegangan agama masing-masing. Sesiapa yang tidak bersetuju dengan evolusi selalunya berpegang kepada gagasan kreasionisme atau rekabentuk pintar.

Sungguhpun demikian, evolusi tetap merupakan salah satu teori yang paling cemerlang dalam bidang sains, kerana ramai yang mendapatinya berguna untuk pelbagai jenis usaha penyelidikan. Tiada alternatif kepada evolusi yang boleh menjelaskan sesetengah perkara berkaitan biologi, seperti catatan fosil. Oleh yang demikian, hampir semua saintis tidak meragui evolusi sekalipun.[41][42][43]

Rujukan

WikiPedia: Evolusi http://www.mala.bc.ca/~johnstoi/darwin/sect3.htm http://people.delphiforums.com/lordorman/light.htm http://www.ewtn.com/library/PAPALDOC/JP961022.HTM http://science.howstuffworks.com/evolution.htm/pri... http://magma.nationalgeographic.com/ngm/0411/featu... http://www.newyorker.com/archive/2005/05/30/050530... http://www.sciencedirect.com/science?_ob=ArticleUR... http://evolution.berkeley.edu/ http://evolution.berkeley.edu/evolibrary/article/0... http://evolution.berkeley.edu/evosite/evo101/IIID1...